Bollywood
Cuba Jadi Suami Terbaik, Aamir Khan Ditampar, Digigit Bekas Isteri
Aamir Khan mungkin menjadi pujaan dan menerima layanan baik dalam kalangan peminatnya dari seluruh dunia.
Namun, ada satu individu yang ‘berani’ memberi layanan buruk sehingga tahap mampu menampar dirinya.
Bekas isteri pertama
Individu tersebut adalah bekas isteri pertamanya iaitu Reena Dutta.
Bintang yang kali terakhir muncul dengan filem Laal Singh Chadha itu mendedahkan pernah ditampar wanita tersebut.
“Waktu itu Junaid mahu dilahirkan. Saya berada di dalam bilik bersalin untuk menyambut kelahiran bersama Reena.
“Sebagai seorang suami yang baik, saya telah melakukan latihan pernafasan dan berkongsinya kepada Reena.
“Tapi Reena telah menampar saya,” akui Aamir sewaktu menjadi tetapi dalam program The Great Indian Kapil Show seperti dilaporkan Hindustan Times.
Aamir juga mengatakan Reena berasa ‘pertolongan’ yang cuba dihulurkan tidak sesuai dengan keadaan.
“Dia minta saya berhenti melakukannya (latihan pernafasan). Bukan hanya ditampar tangan saya juga digigit.
“Insiden tersebut menyedarkan saya jangan buat main pada situasi seseorang sedang sakit seperti sewaktu wanita ingin melahirkan anak,” katanya lagi.
Aamir dan Reena berkahwin selama 16 tahun dan dikurnai dua anak iaitu Junaid Khan dan Ira Khan.
Mereka bagaimanapun bercerai dan Aamir berkahwin dengan Kiran Rao sebelum sekali lagi berpisah selepas menjadi suami isteri selama 15 tahun dan memiliki seorang anak, Azad Rao Khan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dendam Masih Membara, Gangster Tembak Rumah Salman Khan
ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Acara Tahunan, Ribuan Peminat Terima Lambaian Aidilfitri Dari Shah Rukh Khan
Must-Watch Video