Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Cuba Untuk Tertawa Namun Saya Gagal Berpura-Pura” - Iqbal Berubah Jadi Lebih Sensitif, Kurang Bercakap

Mya Amri 07/10/2023 | 15:55 MYT
Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli akui dapat merasakan perubahan besar berlaku pada dirinya.
Iqbal berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram menerusi ruangan IG story miliknya.
Menurut Iqbal, dia menjadi sangat sensitif terutamanya pada mereka yang tidak jujur pada dirinya.
“Akhir- akhir ini saya perasan ada perubahan besar pada diri saya, jadi lebih sensitif apabila orang tidak jujur dengan saya,” tulisnya.
Malah kata Iqbal, perkara itu juga membuatkan dia menjadi seorang yang kurang bercakap dan juga bersosial.
“Setelah ada kejadian besar terjadi bertubi-tubi, saya jadi kurang bercakap dan kurang bersosial.
“Saya cuba untuk pura-pura tertawa dan buat lawak untuk hidupkan suasana, namun saya gagal berpura-pura. Doakan saya 'kembali',” tulisnya.
Meninjau di akaun Instagram, kali terakhir Iqbal memuat naik hantaran adalah pada 28 September lalu berkenaan dengan pemilihan pembantu rumahnya.
BACA: Pilih Maid Filipina, Iqbal Ada Sebab Tak Ambil Pembantu Rumah Tempatan - “Orang Kita Tidak Boleh Lasak…”
#Usahawan #Berubah #Sensitif #Iqbal #Iqbal Zulkefli #Kurang Bercakap
;