Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mempunyai alasan tertentu tidak mengambil pembantu rumah yang terdiri daripada warga tempatan.

Disebabkan itu, Iqbal memaklumkan baru sahaja mengambil pembantu rumah berasal dari Filipina yang bernama Nur Mina.

“Pembantu baru, Nur Mina dari Filipina. Berulang kali saya sebut pada Mina, ‘jika ada perkara vang keterlaluan atau ada hal tidak selesa dari saya, bagitahu saja.

“Saya boleh terima. Jika segan, luahkan kepada majikan Mina supaya beliau sampaikan kepada saya.

“Siapa pun, jika tidak gembira dengan saya, meski pedih untuk saya lepaskan, saya tekad demi melihat orang lain gembira.

“Jika rasa gembira dengan saya, seutuhnya saya akan jaga hubungan baik biar lama. Semoga pembantu rumah saya kali ini bekerja lama dengan saya.

“Saya cuba untuk lakukan yang terbaik. Berharap Mina pun sama. Jika ada hari susah, kita saling membantu. Tolong doakan semua urusan lancar ya?” tulisnya.

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Menjelaskan pemilihan pembantu rumahnya dengan lebih lanjut, Iqbal berkata bukan tidak mahu membantu orang tempatan sebaliknya dia mempunyai alasan tersendiri.

Berikut merupakan empat alasan Iqbal:

1.”Orang kita tidak boleh lasak seperti orang Indonesia, Filipina, Nepal, Bangla yang terbiasa hidup lebih susah.

2.”Jika orang tempatan merajuk, terus balik kampung dan mengadu kepada keluarga.

3.”Mereka tada komitmen luar, hanya berfikir untuk kerja sahaja.

4.”Alasan lain, saya tidak sampai hati dan lebih senang hati jika beri tawaran keria lain.

Bagaimanapun kata Iqbal, pendapatan Mina setanding dengan hasil kerjanya.

“Namun, Mina tetap saya hargai. Pendapatannya setimpal dengan hasil kerjanya. Setiap hari saya tidak perlu memberi arahan kerana saya sediakan jadual dan syukur setakat in Mina lakukan dengan baik.

“Saya tidak suka marah-marah. Selagi Mina lakukan yang terbaik, saya turut berusaha menjadi majikan yang baik,” jelasnya.

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)