Tokoh ilmuan dan pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memaklumkan cucunya, Muhammad Ahmad Aiman telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.50 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Berita duka itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya beberapa jam lalu.

"Cucu kami, anak kepada Aiman dan Atiyah telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.50 pagi tadi di PPUKM," tulisnya sebagai kapsyen.

Difahamkan, jenazah telah disolatkan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang tenghari tadi.

Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai yang mengucapkan takziah di ruangan komen.

Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM. InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah.

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhaya1) on


Terdahulu, Muhaya meminta orang ramai untuk mendoakan keadaan cucunya yang sedang tenat selepas dihentikan sistem sokongan hayat pada jam 9 pagi tadi.

BACA : Sistem Sokongan Hayat Cucu Prof Muhaya Dimatikan