HIBURAN
Along Cham Mohon Doa Yang Baik, Isteri Pula Dah Bersedia Jika Diceraikan Hari Ini
Pelakon dan pelawak, Along Cham, hadir di Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi tuntutan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi pada Khamis.
Doa yang baik-baik
Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, tiba dalam pakaian hitam sekitar pukul 11:10 minit pagi ditemani ibu, Siti Habsah Kadir dan peguam, Muhammad Akmal Amzan.“Doa yang baik-baik,” katanya ringkas kepada Gempak.
Isteri bersedia sekiranya bercerai
Sementara itu, Afreena Suhaimi tiba sekitar pukul 11:38 pagi ditemani bapa, Suhaimi Shahruddin dan peguamnya, Mohamad Iezwan Ielias.Afreena memaklumkan dia bersedia sekiranya Along menceraikannya hari ini.
“Saya memang sudah lama bersedia untuk dilepaskan, saya hanya mahu ia selesai hari kerana ia mengganggu banyak benda,” katanya yang mengalami kecederaan di tangan.“Saya harap semua selesai hari ini sebab perkara ini sudah tertanggung hampir setahun. Harap kali ini tiada lagi dokumen cacamarba.
Pada prosiding lalu, Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi mengarahkan Along supaya melantik peguam syarie.
Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas mendapati terdapat kesilapan dalam dokumentasi yang difailkan Along.
ARTIKEL BERKAITAN:Along Cham Bahagia Sambut Syawal Bersama Keluarga - "Alhamdulillah, Makin Tembam Sebab…"
ARTIKEL BERKAITAN:Kes Dadah Along Cham Dipinda, Laporan Urine Belum Diperoleh
ARTIKEL BERKAITAN:"Bersyukur Dapat Anak Saya Kembali" - Ibu Along Cham
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bukan Nak Pisahkan Tapi…” - Along Cham Akui Anak Kecewa, Harap Dapat Kasih Sayang Ibu
ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Istilah Memilih Menantu, Ibu Along Cham Sedih Tengok Rumah Tangga Anak Bermasalah - “Setahun Kami Tidak Berjumpa Sebab Terkilan…”
Terdahulu, Afreena mendedahkan rumah tangga mereka sudah mempunyai masalah sejak dua bulan berkahwin.
Along sebelum ini berkata pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Jun tahun lalu.
Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan bekas isteri pertama, Zila Saeron pada September 2016.
Hasil perkongsian hidup daripada perkahwinan itu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah penjagaannya
Must-Watch Video