Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Cukuplah Caprice, Buat Jelah Hal Sendiri, Sembanglah Sampai ....." - Abby Abadi

Rozaimi Zubaidi 26/02/2019 | 02:47 MYT
Pelakon Gerak Khas dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi mengakui kesal apabila isu yang diluahkan di media sosial mendapat kritikan daripada sesetengah pihak.
Menurut entri di Instagram (IG), Abby menjelaskan status yang dimuat naik itu turut mendapat perhatian daripada Selebriti dan usahawan popular, Caprice.
"Peminat-peminat Caprice, ni contoh kalau kita block orang ye dan belakang tu tak tahu contoh apa.
"Saya padam gambar dekat instastory tu sebab malas nak layan DM. Apahal saya pulak dituduh block dia? Apa pentingnya dia dalam hidup saya? Tak ada kaitan pun. Hidup saya berjalan seperti biasa.
"Dia yang sibuk-sibuk nak ulas isu yang saya bangkitkan kelmarin walhal tak tahu hujung pangkal pastu nak tunjuk koya.
"Pastu penyokong-penyokong dia sibuk masuk sini tuduh kita pulak attention seeker. Bijak bistari sungguhlah.
"Kesudahannya? Cukuplah Caprice ye. Buat jelah hal sendiri. Sembanglah sampai di adili depan ALLAH nanti. Pengikut-pengikut diapun, terima kasih ye ikut sama mengiyakan cerita yang takda kaitan tu. Tanggunglah bersama nanti ye. Daaaaa," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat berharap agar Abby tidak cepat melenting sebaliknya mereka bersetuju dengan tindakan yang dilakukan olehnya itu.
Sebelum ini, Abby tampil memuat naik sebuah status yang mempertikan pakaian yang dipakai oleh kumpulan BLACKPINK ketika mengadakan konsert di Malaysia baru-baru ini.
#pelakon #Abby Abadi #Pelakon #Caprice
;