Viral

Curi Seluar Dalam Wanita, Pelaku Tulis Surat Mohon Maaf & Pulangkan Semula Barang Dicuri

gempak
Gempak
13/11/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Curi Seluar Dalam Wanita, Pelaku Tulis Surat Mohon Maaf & Pulangkan Semula Barang Dicuri
Seorang lelaki menulis nota permohonan maaf kerana mencuri seluar dalam wanita sebelum memulangkannya semula di sebuah kedai dobi di Pattaya, Thailand, lapor laman berita Pattaya Mail semalam.
Nota tersebut diletakkan di dalam sampul surat berwarna putih yang turut mengandungi wang tunai sebanyak 1,000 baht (RM130).
Nota itu menyatakan bahawa dia kesal dengan perbuatannya itu. Pada malam kelmarin, perbuatan lelaki berpakaian kemas tersebut dirakam menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dia mencuri sehelai seluar dalam wanita dari kedai dobi layan diri yang terletak di Soi Paniad Chang 8.
Kecurian berlaku kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) apabila suspek yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) memasuki kedai dobi dan menyelongkar bakul pakaian.
Dia mengambil seluar dalam itu dan menyembunyikannya di dalam poket sebelum meninggalkan premis tersebut. – AGENSI
Sumber: Kosmo

BERITA TRENDING: Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

BERITA TRENDING: Netizen Buat Perbandingan, Dakwa Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ Seakan OST ‘Syurga Yang Tak Dirindukan 2’?

BERITA TRENDING: Selalu Sangat ‘FYP’, Netizen Anggap Fattah Amin Dah Hilang Nilai Eksklusif - “Sekarang Ini Terlalu Awam, Mana-Mana Dia Saja”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024