Hiburan
Selalu Sangat ‘FYP’, Netizen Anggap Fattah Amin Dah Hilang Nilai Eksklusif - “Sekarang Ini Terlalu Awam, Mana-Mana Dia Saja”
Selepas memegang status sebagai duda, boleh dikatakan wajah pelakon Fattah Amin ada sahaja muncul di semua platform laman sosial.
Terlalu awam
Namun terdapat seorang warga maya meluahkan rasa kurang senang melihat Fattah kerap muncul di laman sosial kerana beranggap aktor itu sudah tidak lagi nilai ‘eksklusif’ seperti sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Mak Dengar Lagu Dah Siap, Dia Kata…” - Aina Abdul Tunai Permintaan Ibu, Fattah Amin Jadi Hero Muzik Video Lagu Baharu
ARTIKEL BERKAITAN: Kecantikan & Kelembutan Adik Fattah Amin Jadi Perhatian - “Cantiknya Dia, Sopan, Soft Spoken Sama Macam Abang”
Malah individu tersebut juga menganggap bekas suami kepada aktres Nur Fazura itu seperti ‘terlalu awam’ gara-gara tular di media sosial.
“Bila selalu tengok Fattah FYP, nampak Fattah dah tak exclusive. Dulu rasa dia exsclusive.
“Sekarang ni terlalu awam. Mana-mana dia saja. Bukan tak suka tapi lagi suka dia exclusive,” tulis individu tersebut menerus platform Thread.
Rezeki
Terdapat netizen yang bersetuju dengan pandangan individu tersebut namun ada juga antara mereka berpendapat Fattah hanya mencari rezeki memandangkan dirinya kini sedang ‘laris’.
“Tak payah eksklusif sangat la. Waktu ada job dan tengah laku ni la balun secukupnya… rezeki akan datang kita tak tau. Esok-esok rezeki orang lain pula. Apa yang berlaku tak dirancang. Yang penting dia tak terlalu leka dengan dunia.
“Dia mencari rezeki, mana rezekj datang, dia ambil,” komen beberapa netizen di ruang perkongsian individu tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap Hari Saya Fikirkan Kamu” - Fattah Amin Luah Rasa Rindu Fatima
Must-Watch Video