Cut Intan Nabila Bocorkan Video Baru Dipukul: “Tidak Mampu Hitung Berapa Banyak Kali Dia Seksa Saya”
Maliah Surip
22/08/2024 01:47 MYT
22/08/2024 01:47 MYT
Kisah pempengaruh Cut Intan Nabila yang didera suami, Armor Toreador masih menjadi bualan hangat pengguna media sosial.
Wanita Indonesia itu memuat naik rakaman video CCTV dirinya dibelasah lelaki tersebut yang juga menendang bayi baru lahir mereka selepas tidak tahan sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak lima tahun berkahwin.
Namun Armor melalui peguam meminta Cut Intan memaafkan dan kembali rujuk demi tiga cahaya mata mereka.
Selain bertegas untuk tidak mahu kembali menjadi isteri Armor, Cut Intan akhirnya mendedahkan video lama dirinya dicekik dan dipukul pada bahagian wajah dengan disaksikan salah seorang anak mereka.
“Lebih dari 5 kali ? Saya saja tidak mampu menghitung berapa sering dia menyeksa saya.
"Maafkan mama ya nak, setelah ini kita sembuhkan trauma ini bersama,” tulisnya.
Wanita Indonesia itu memuat naik rakaman video CCTV dirinya dibelasah lelaki tersebut yang juga menendang bayi baru lahir mereka selepas tidak tahan sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak lima tahun berkahwin.
BERITA TRENDING: Banyak Lagi Video Dibelasah, Rakan Dedah Cut Intan Nabila Pernah Ditendang Ketika Sarat Mengandung - “Itu Bukan Rumah Tangga Tapi Neraka!”
Pendedahan tersebut membawa kepada penangkapan Armor selain Cut Intan memfailkan perceraian terhadapnya.Namun Armor melalui peguam meminta Cut Intan memaafkan dan kembali rujuk demi tiga cahaya mata mereka.
Selain bertegas untuk tidak mahu kembali menjadi isteri Armor, Cut Intan akhirnya mendedahkan video lama dirinya dicekik dan dipukul pada bahagian wajah dengan disaksikan salah seorang anak mereka.
Paling memalukan
Insiden tersebut terjadi pada Februari 2022. Menurut Cut Intan, video yang dipaparkan hanya sebahagian daripada aksi dirinya dipukul dengan brutal oleh lelaki tersebut.“Lebih dari 5 kali ? Saya saja tidak mampu menghitung berapa sering dia menyeksa saya.
“Berat sangat berat pastinya, harus ceria di sebalik semua penderitaan selama ini, kerana saya fikir ini adalah aib yang paling memalukan," tulisnya seperti dilaporkan Insert.
Maafkan mama
Tetap dengan pendirian untuk tidak mahu menarik kes perceraiannya, Cut Intan menerusi perkongsian sama turut memberi semangat kepada dirinya sendiri."Maafkan mama ya nak, setelah ini kita sembuhkan trauma ini bersama,” tulisnya.