Jalan Petaling dikenali dengan suasana jual beli yang unik. Selain menjadi lokasi yang popular untuk membeli-belah, Jalan Petaling juga menjadi tumpuan bagi aktiviti mencuba makanan (food hunting) jalanan yang terkenal di KL. Dalam pada itu, terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai jenis barang seperti pakaian, barangan elektronik dan aksesori.
Merupakan sebuah muzium kebudayaan yang mempamerkan kekayaan sejarah, budaya dan tradisi negara melalui koleksi artifak, pameran dan galerinya.
Terdapat beberapa koleksi berharga yang terdapat di muzium ini, antaranya ialah artifak purba seperti senjata, barang kemas dan tembikar, serta pakaian tradisional dan tekstil. Selain itu, di muzium ini juga terdapat pameran mengenai gerakan kemerdekaan Malaysia, kepelbagaian kumpulan etnik yang ada di negara ini dan juga kesenian Islam.