Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Pergi Mana? In 5 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur!

Firdaus
30/05/2024 18:55 MYT
Cuti sekolah sememangnya waktu yang paling dinantikan sama ada dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa.

Jadi buat sesiapa yang tak tahu nak pergi ke mana di ibu negara, berikut merupakan 5 lokasi yang boleh dilawati bagi memenuhi aktiviti cuti sekolah:

1. Menara Kuala Lumpur



Menara KL adalah merupakan salah satu tarikan utama di bandaraya Kuala Lumpur. Ia menawarkan pemandangan yang sangat menakjubkan daripada tingkat atasnya. Menara ini merupakan Menara Telekomunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara dan juga merupakan menara ke-7 tertinggi di dunia!

BERITA TRENDING: Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di menara ini selain melihat suasana bandar Kuala Lumpur melalui dek pemerhatian (Observation Deck), berjalan di Sky Deck sambil melihat pemandangan kota raya Kuala Lumpur dan menghirup udara segar di luar tanpa sebarang penghalang, melawat Blue Coral Aquarium dan juga Mini Zoo. Selain itu, pelawat juga menjamu selera di restoran berputar, Atmosphere 360.

2. Jalan Petaling (Petaling Street)

Jalan Petaling dikenali dengan suasana jual beli yang unik. Selain menjadi lokasi yang popular untuk membeli-belah, Jalan Petaling juga menjadi tumpuan bagi aktiviti mencuba makanan (food hunting) jalanan yang terkenal di KL. Dalam pada itu, terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai jenis barang seperti pakaian, barangan elektronik dan aksesori.


3. Taman Botani Perdana



Taman Botani Perdana terletak di pusat bandar KL dan menawarkan suasana yang tenang dan damai dari kesibukan bandar. Taman ini dihiasi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau serta pokok-pokok memberi suasana yang tenang bagi pengunjung.

Selain itu, terdapat Bamboo Playhouse, Panggung Anniversari, gelanggang permainan dan juga kawasan main kanak-kanak disediakan dalam taman ini.

4. Aquaria KLCC



Merupakan akuarium terbesar di Malaysia, Aquaria KLCC menempatkan lebih 5,000 spesies haiwan laut. Terdapat pelbagai spesies haiwan laut yang cukup unik dan menakjubkan ada disini seperti ikan paus, jerung, obor-obor, ikan nemo, ketam dan piranha.

Aquaria KLCC juga menawarkan 8 zon aqua yang menakjubkan dengan pelbagai haiwan laut dan amfibia. Antaranya ialah laluan terowong bawah air yang lutsinar sepanjang 90 meter. Dengan melalui terowong aquarium ini, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis haiwan marin secara dekat.

5. Muzium Negara
Merupakan sebuah muzium kebudayaan yang mempamerkan kekayaan sejarah, budaya dan tradisi negara melalui koleksi artifak, pameran dan galerinya.

Terdapat beberapa koleksi berharga yang terdapat di muzium ini, antaranya ialah artifak purba seperti senjata, barang kemas dan tembikar, serta pakaian tradisional dan tekstil. Selain itu, di muzium ini juga terdapat pameran mengenai gerakan kemerdekaan Malaysia, kepelbagaian kumpulan etnik yang ada di negara ini dan juga kesenian Islam.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Travel #Tempat Menarik #Kuala Lumpur
;