Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Dalam surat itu, Anaqi memuji sikap baik Zahiril dan mendoakan bapanya itu agar dimasukkan ke syurga kelak.
"Dad, you are so good, you can go to heaven," tulisnya di surat terbabit.
Sementara di ruangan kapsyen, Zahiril meluahkan rasa bersyukur dan terharu ekoran menerima surat itu.
"Allahumma amin, thank you buddy, we all gonna go into heaven, insya-Allah.
"Kita doa untuk ibu bapa kita, anak-anak akan doa untuk kita," tulisnya.
Zahiril mulai aktif di industri hiburan tanah air pada tahun 2006 dan kerap muncul menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.