Hiburan

Dafi Dimasukkan Ke Hospital Kerana Jangkitan Kuman di Paru-Paru

Fiza Kamarudin
02/12/2019
17:05 MYT
Penyanyi dan pelakon Dafi Ismail Sabri dimasukkan ke hospital sejak dua hari akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Bekas pengurus Dafi, Afeeq Abdul Wahab ketika dihubungi Gempak berkata Dafi dimasukkan ke wad selepas mengadu sesak nafas pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun kata Afeeq, keadaan Dafi tidak membimbangkan cuma memerlukan rehat yang cukup buat masa sekarang.
“Setakat ini keadaan Dafi tidak membimbangkan, dia okay sahaja. Cuma Dafi perlu bernafas menggunakan mesin oksigen untuk paru-paru dia.
“Sudah dua hari Dafi di hospital, dia kini dalam proses merehatkan diri dan mendapatkan rawatan. Insya-Allah, tak ada apa-apa yang serius,” katanya.
Tambah Afeeq lagi, selepas dimasukkan ke hospital doktor memberitahu Dafi mengalami demam dan perlu menjalani rawatan susulan.
Dafi juga dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi jika keadaannya pulih dan sihat sepenuhnya..
Afeeq turut berkongsi mengenai berita mengenai sahabatnya itu di laman sosial Instagram, tengah malam semalam (Isnin).
Foto: Instagram Afeeq & Nina Juren
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sathia Syukur Semakin Pulih Selepas Diserang Angin Ahmar - “Belum Boleh Pandu Kereta, Kaki Kanan Tak Kuat Sepenuhnya”

gempak
25/07/2024
06:55 MYT
Pelawak veteran, Sathia bersyukur keadaan kesihatannya sudah beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital selepas terkena serangan angin ahmar ringan 16 Julai lalu.
Hiburan

Dafi Dedah Punca Tak Ada Dalam Gambar Keluarga, ‘Tutup Mulut’ Mengenai Dakwaan Kakak Bakal Nikah - “Nak Buat Macam Mana, Saya Ada…”

gempak
24/07/2024
01:55 MYT
Ketiadaan penyanyi dan pelakon Dafi dalam foto kakaknya yang juga personaliti Nina Ismail Sabri bersama keluarga mengundang pelbagai reaksi netizen yang ingin tahu keberadaannya.
Hiburan

Alami Batuk Berpanjangan, Alyah Derita Tidur Duduk Seminggu - "Saya Terfikir Adakah Saya Akan Mati Di Sini ..."

gempak
11/07/2024
03:55 MYT
Penyanyi Datin Alyah berkongsi keadaan kesihatannya yang terkini setelah keluar dari hospital pada Isnin lalu.
Hiburan

"Dia Menangis Sebab Tak Boleh Telan Pun Kek" - Ira Mohd Amin Sambut Birthday Anak Di Hospital, Mohon Doa Dapat Lawan Penyakit ‘L’

gempak
09/07/2024
21:24 MYT
Pengacara, Ira Mohd Amin berkongsi momen anak sulungnya, Saif Zairil, 11, yang disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) menyambut ulang tahun kelahiran, baru-baru ini.
Viral

Wanita Tipu Sakit Terkejut Jumpa Majikan Dalam Pesawat

gempak
08/07/2024
17:00 MYT
Seorang wanita terkejut apabila menemui majikannya di dalam penerbangan sama selepas memberikan alasan sakit untuk pergi bercuti, lapor saluran berita NDTV semalam.