Hiburan

“Daging Burger Kerat 4, Lauk Terung Sambal Lebih Kurang RM100!” – Fitri Haris Kongsi Lauk Berbuka

gempak
Mya Amri
23/05/2019
14:06 MYT
Sponsor Banner
“Daging Burger Kerat 4, Lauk Terung Sambal Lebih Kurang RM100!” – Fitri Haris Kongsi Lauk Berbuka
Juara Gema GegarVaganza, Fitri Haris berkongsi juadah berbuka puasa di Istanbul.
Fitri menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya memuat naik foto juadah berbuka dengan lauk terung sambal dan daging burger dipotong empat.
Menurut Fitri, harga juadahnya hampir mencecah RM100 selain mengakui sudah mula rindukan bazar di Malaysia.
“Alhamdulillah hari pertama berbuka di Istanbul, Taksim Square. Syukur dalam tidak rela, berkali tanya orang jaga kaunter yang tak faham english tu.
“How much?? 113 lira? How much? 113 lira sama dengan lebih kurang RM 100 ringgit! Lauk terung sambal macam kat gerai kampung baru.
“Pastu daging burger kau kerat empat segi, rasa macam nak letak je balik semua lauk nak balik hotel. Takpelah bayar pastu duduk tak puas hati minta cili.
“Swipe left! Aku hangin betul. Perli ke apa? Rindu bazar Malaysia! Syukur jua walau apa jua sekalipun. Alahai…” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengusik Fitri dengan meninggalkan komen-komen lucu.
“Terung, daging, nasi, sayur, cili… Semuanya organik kot. Tu yang mahal tu. Allah… Cili tu mungkin kena makan ala-ala cili api. Makan nasi pastu gigit cili tu. Husnuzon,” tulis @hudagarib
“Hahahahaha tapau bawak balik hotel cili tu… Mahal oooooo,” usik @salmaamira89
“Hahahahahah win betul cili api tu ngah! Pi cili mulut dia ngah,” komen @_arinaradzi
Terdahulu, Fitri berada di Istanbul untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024