Isteri kepada pelawak Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi berharap agar suaminya dapat menjadi seorang insan yang terbaik sempena ulang tahun kelahirannya semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nadia berharap agar suaminya sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.

"Happy birthday to my beloved husband. May God bless you.

"Semoga sihat selalu dipanjangkn umur dan dimurahkan lagi rezeki. Amin.

"Dah 43 tahun ya so don't be noty-noty," tulisnya.

happy birthday to my beloved husband..may God bless u..moga2 sihat selalu dipanjangkn umur dan dimurahkan lagi rezeki aminnnn ♥️ dah 43tahun ya so dun be noty2 ???

A post shared by Nadia Yaya (@_nadiayaya6) on


Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran Tauke dan mengakui terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh isterinya.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.