Artis yang sedang meroket kariernya, Anna Jobling tidak mahu terus berfikir dan ambil pusing mengenai isu melibatkan seorang pelakon yang dikatakan memburukkan namanya di platform media sosial.

Pemilik nama lengkap, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu berkata, dia percaya yang rezeki setiap orang itu sudah ditetapkan dan tidak pernah salah alamat.

“Rezeki masing-masing kan… dan saya tak kacau sesiapa pun, jadi kenapa dia nak kacau saya? Kenapa nak dengki dengan orang,” katanya kepada Gempak ketika ditemui selepas pementasan pertama teater Maduku Terpaling Kalut di PJPac, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.



Anna diminta untuk mengulas mengenai kenyataan seorang pelakon wanita yang didakwa mempertikaikan penampilan Anna yang dijemput menghadiri sebuah program hiburan. Isu tersebut dibincangkan dan menjadi bualan peminat Anna di platform Twitter.

Pelakon berusia 22 tahun itu menambah, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk bertemu dengan pelakon wanita tersebut.

Hal ini kerana, menurut Anna, pelakon berkenaan yang memulakan ‘api’ tanpa sebarang sebab yang munasabah.

“Jujurnya, saya tidak akan rendahkan diri sehingga ke tahap itu. Saya akan terus kerja keras, sentiasa positif dan sibukkan diri dengan rutin saya sendiri. Bagi saya, apabila kamu dengki dengan orang, rezeki kamu akan jadi lagi sikit.

“Kalau dia nak dengki dengan saya, itu masalah dia bukan saya. Dan kalaulah saya berjumpa dengan dia kelak, saya tetap jadi diri sendiri.

"Keadaan saya baik-baik sahaja, saya berasa bersyukur kerana peminat saya tak pernah berhenti menyokong. Perkara itu yang saya mahu fokuskan," katanya.

Selain Anna, teater yang bakal dipentaskan sehinga 2 Oktober ini turut menampilkan Azrel Ismail, Puteri Sarah, Syafiq Naser, Curly Jow dan Aya Amiruddin.

BACA: “Always Beautiful!” – Netizen Melting Tengok Kecantikan Anna Jobling Persis Anak Patung Barbie Sebenar

BACA: Jahatnya! Ibu Sering Terima Komen Buruk, Dianggap Sebagai ‘Orang Gaji’, Ini Respons Anna Jobling…

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!