Nampaknya pelakon kontroversi Aliff Aziz tidak melenting apabila namanya tiba-tiba disebut seorang pelakon baru.

Pelakon baru tersebut dikenali sebagai Joanne Emmy menerusi Twitter mendedahkan mengenai kelakuan Aliff yang tidak pernah berubah.

Joanne mendakwa dia merupakan mangsa terbaru pelakon Halalkan Hati Yang Ku Curi itu.

Bagaimanapun selepas berita mengenai perkara tersebut tular, Aliff kelihatan sangat tenang dan tidak melenting.

Menerusi laman sosial Instagram yang dimuat Aliff malam tadi, dia hanya mendoakan semoga Allah merahmati semua yang bercakap mengenai dirinya.

“Saya sudah baca semua komen yang baik dan yang benci. Semoga Allah merahmati anda semua,” tulisnya.

Rata-rata netizen memuji kematangan ditunjukkan Aliff kerana tidak melayan kontroversi yang sedang dikaitkan dengan dirinya itu.

Mereka turut mendoakan Alift terus kuat menghadapi dugaan dan terus dilindungi Allah SWT.

Reading all the comments both love and hate ones be like. May Allah bless everyone. :)

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on