"Dah Bagi Jalan Budak Baru Mekar" - Sharnaaz Ahmad Kembali Berlakon Selepas Setahun

Syafiqah Jalal
Disember 26, 2017 07:50 MYT
Aktor Sharnaaz Ahmad mengumumkan kembali aktif berlakon selepas setahun meninggalkan dunia seni.

Sharnaaz menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu sebelum ini dia menyepi kerana mahu memberi jalan kepada pendatang baru yang menceburi bidang lakonan.

Dari pemerhatiannya ramai juga pelakon baharu yang berjaya dan tidak kurang yang hanyut sehingga terbawa-bawa ke dunia nyata.

Sharnaaz menegaskan dia berada di dalam industri ini bukan mahu mengejar pengikut IG sahaja, tetapi kerana seni dan bakat pinjaman yang ada pada dirinya.

Abang ipar kepada Neelofa itu turut berazam tahun 2018, dia bakal bekerja keras dan mahu menyerlah dalam bidang lakonan.

Sharnaaz turut memuat naik fotonya yang sedang menjalani penggambaran.

Rata-rata peminatnya mengucapkan selamat maju jaya buat pelakon itu dan tidak sabar menanti kemunculannya di kaca televisyen.

Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

Teks oleh: Syafiqah Jalal

#pelakon #Sharnaaz Ahmad #Pelakon #Berlakon