Hiburan

“Dah Banyak Kali Kilang Diserbu Kerana Ada Yang Kata Produk Sarang Burung Walet Saya Tidak Halal” – Fouziah Gous

Fiza Kamarudin
02/11/2019
09:59 MYT
Gara-gara cemburu, kilang pemprosesan produk minuman kesihatan sarang burung milik pelakon dan pengacara Datin Fouziah Gous, 36, sudah beberapa kali diserbu pihak berkuasa.
"Sudah banyak kali kilang diserbu berikutan ada dakwaan kononnya produk sarang walet yang saya usahakan tidak halal.
“Dua hari lalu kena serbu lagi kerana pihak berkuasa ada terima aduan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fouziah, dia mengusahakan perniagaan minuman berasaskan sarang burung walet sejak 2008. Tegas Fouziah, dia tidak gentar dengan tuduhan tidak berasas individu yang cuba menjatuhkan reputasi perniagaannya.
"Lucu bila kenang semua dakwaan tidak masuk akal itu. Namun, apa boleh buat, itulah adat persaingan dalam perniagaan.
“Hakikatnya, perniagaan yang saya usahakan bertahun-tahun ini mengikut prosedur dokumen yang betul. Jadi, kenapa saya perlu takut? Prinsip saya mudah, kalau tidak melakukan sebarang kesalahan, tunjuk sahaja bukti dokumen yang diminta pihak berkuasa,” katanya.
Ditanya status dirinya yang kini layak digelar jutawan, Fouziah berkata itu impian semua orang.
“Apa yang saya impikan, Allah SWT sudah berikan lebih daripada itu. Apabila sudah banyak yang Allah beri, saya kena bersyukur dan terus berusaha," katanya.
Dalam pada itu, Fouziah percaya apa yang diraih juga adalah satu dugaan.
“Saya berusaha berikan yang terbaik kepada pekerja dan keluarga.
“Apa yang saya inginkan bukanlah gelaran jutawan itu tetapi saya sentiasa mengharapkan doa berterusan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Selebriti Lelaki Hutang Ratusan Ribu, Fouziah Gous Terkilan Tak Terima Ucapan Raya - “Masa Tengah Susah, Setiap Hari Telefon Saya!”

gempak
05/07/2023
01:58 MYT
Bila dah berhutang, terus senyap!
Laman Utama

Khatam Al Quran Di Hari Jadi, Suami Buat Suprise Pelamin Untuk Fouziah Gous - "Setelah Sekian Lama..."

gempak
02/01/2023
11:41 MYT
Fouziah Gous Khatam Al Quran Di Hari Jadi
Laman Utama

[VIDEO] Disangka Bahagian Dada Fouziah Gous Terdedah, Segelintir Netizen Pesan Mohon Check Betul-Betul Sebelum Buat Spekulasi; “Sebab Itu Dia Berani Post…”

gempak
08/11/2022
10:00 MYT
Netizen back up Fouziah Gous
Laman Utama

“Jangan Kerana Sorang Dua, Kita Nak Salahkan Agama”- Fouziah Ghous Tak ‘Judge’ Pendakwah

gempak
22/10/2022
07:40 MYT
Fouziah Ghous Tak ‘Judge’ Pendakwah
Laman Utama

[VIDEO] “Sedap, Jelas, Padat Dan Puas Bila Dengar” – Netizen Jatuh Cinta Dengar Suara Ernie Sampaikan Lagu Casablanca

gempak
17/07/2022
07:00 MYT
Ernie Zakri nyanyi lagu apa je yang tak sedap kan