Pelakon Uqasha Senrose didakwa sedang membuat persiapan kahwin selepas dia dilihat berada di sebuah kedai kain bersama seorang pereka fesyen, Shanell Harun yang terkenal dengan rekaan baju pengantin.

Video Uqasha sedang berbincang dengan Shanell di kedai kain itu dimuat naik sendiri oleh pereka fesyen tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, pereka yang baru-baru ini menyiapkan baju pernikahan Syamel itu tidak memberikan apa-apa bayang sebaliknya memberitahu mereka sedang bertemu janji.

“Dating dengan si manis @uqashasenrose2 di @jakeltextile,” katanya ringkas.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata meneka Uqasha bakal berkahwin tidak lama lagi dengan pasangannya Kamal Adli.

“Tak sabar nak tengok sentuhan Nell untuk wedding Uqasha,” komen salah seorang netizen.

“Lagi sorang nak kahwin,” teka salah seorang warga maya.

“Dah bau nasi minyak dah dekat,” teka lagi salah seorang warga net.

Uqasha dilamar Kamal untuk menjadi isterinya di pentas ketika bersiaran langsung Anugerah Meletop ERA 2020 pada penghujung tahun lalu.

Namun sehingga kini masing-masing tidak mendedahkan tarikh pernikahan yang bakal dilangsungkan.

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)