Berita
"Dah Beranak Pinak Pulak Babi Tu Ye..." - Azhan Rani Nak Block Netizen Dipercayai OKU
Pelakon Azhan Rani mendedahkan dirinya menerima deretan mesej berbaur kata-kata kesat di Instagram daripada seorang netizen yang tidak dikenalinya.
Hal berkenaan dikongsikan pelakon berusia 43 tahun itu menerusi satu posting yang memaparkan paparan mesej daripada individu yang menggunakan akaun @paisparey.
Pengguna tersebut menghantar mesej bertalu-talu dengan menggunakan perkataan 'babi'.
"Dah beranak pinak pulak babi tu ye...ye dik..puaskan la hati ko..
"Ramai kata awak ni OKU (Orang Kelainan Upaya).. kalau ye pun abang harap mak ayah awak ni baca la dan kawal telefon bimbit tu.. kalau tak OKU janganlah sampai ko betul-betul OKU pulak ye.. jap lagi abg block awak ye.. jaga diri ye dik," tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian Azhan itu kemudian mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai termasuklah dalam kalangan rakan artis.
Rata-rata mereka meminta agar Azhan tidak melayan individu tersebut dan bertindak menyekat akaun berkenaan sahaja.
Must-Watch Video