Laman Utama

“Dah Berapa Kali Ustaz Datang Berubat…”- Isteri Diganggu, Caprice Dedah Ditimpa Ujian Berkahwin 7 Bulan Lalu

Syafiqah Jalal
31/05/2022
03:52 MYT
Penyanyi rap, Caprice atau Ariz Ramli tidak menyangka ujian selepas mendirikan rumah tangga lebih berat.
Kata Caprice disebalik senyuman mereka, pasangan itu telah melalui pebagai dugaan dan cabaran hidup sejak tujuh bulan lalu.
“Sebelum ni saya fikir, selepas kahwin confirm ujian akan lagi kurang...
“Behind all the smiles, filters, and videos sebenarnye the past 7 months saya melalui banyak bende baru yang kita kene manage dan cuba bantu isteri pulak... ,” dedahnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Xde Hal Bro itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Caprice memuat naik rakaman video isterinya, Farra Inalis, 27, sedang tidur sambil dipasang ayat ruqyah dia telefon pintar.
Beritahu Caprice lagi, isterinya yang diganggu dengan panggilan di tengah malam itu sudah pun diubati oleh ustaz sebanyak beberapa kali selepas Menurutnya, ada pihak yang tidak berpuas hati pada isterinya.
“Dah berapa kali ustaz datang berubat dia... baru-baru ni ada pula 3 orang yang berani call dia tengah malam dan ganggu..
“Saya tak tahu kenapa ramai masih tak puas hati dgn isteri…,” katanya yang mempersoalkannya.
Tambah Caprice dia sudah penat dengan apa yang berlaku dan memerlukan bantuan.
“I am really tired to be honest…nak hadam business 9am-10pm, lepas tu sambung dgn bende bukan2 sampai 3am-4am. i need help,” pintanya.
Pada 15 November tahun lalu, Caprice selamat mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis Hussni yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu, Aleesya Sofea yang berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hiburan

Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

gempak
25/07/2024
04:08 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander hadir bersama isterinya, Dr Jazmine Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 11.50 pagi Khamis untuk prosiding sebutan kes perceraiannya.
Hiburan

Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

gempak
24/07/2024
09:25 MYT
Personaliti media dan juga bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera, Ananda Natasha menyatakan bahawa dirinya akan membuat pendedahan berkaitan perselingkuhan bekas suaminya sekiranya terlalu banyak campur tangan daripada pihak keluarga sebelah lelaki.
Berita

Lebih 1,000 Kawasan Lembah Klang Terjejas Gangguan Air

gempak
23/07/2024
14:15 MYT
Lebih 1,000 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA).
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.