Hiburan
Dah Bersama 15 Tahun, BIGBANG Sambung Kontrak Eksklusif Dengan YG Entertainment
Kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG mengambil keputusan untuk menyambung kontrak bersama agensinya, YG Entertainment.
Berita itu disahkan oleh YG Entertainment menerusi kenyataan rasmi kepada media hari ini.
“BIGBANG yang dianggotai oleh G-Dragon, Taeyang, T.O.P dan Daesung telah memperbaharui kontrak eksklusif mereka bersama kami.
“BIGBANG tidak hanya membuka jalan untuk pengaruh musik, tetapi juga mengubah arus budaya massa Korea Selatan.
“BIGBANG akan terus mencipta sejarah K-pop sebagai wakil artis agensi kami dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong mereka,” ujar wakilnya.
Terdahulu, BIGBANG telah berada di bawah naugan YG Entertainment selama 15 tahun.
Bagaimanapun,kumpulan yang telah melakukan debut pada tahun 2006 ini hanya tinggal berempat selepas Seungri mengundurkan diri selepas terlibat dengan skandal pelacuran pada 11 Mac 2019.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Koreaboo
Must-Watch Video