Namun jika ditanya siapakah pemilik suara animasi popular inim rasanya tidak ramai yang kenal.
Kebetulan, baru-baru ini Asyiela Putri Azhar telah membuat kemunculan dalam satu video Motif Viral terbitan Thinker Studio. Maka ramailah netizen yang terkejut dengan penampilan baru gadis ini.
Rata-rata netizen dilihat kagum dengan gadis ini kerana masih mengekalkan suara Upin & Ipin biarpun sudah memasuki alam remaja. Difahamkan Asyiela Putri kini sudah berusia 19 tahun.
.jpg)
Untuk makluman, Asyiela Putri menyumbangkan watak Upin dan Ipin dalam siri animasi Upin & Ipin, menggantikan Nur Fathiah Diaz mulai musim keempat pada tahun 2010 hingga sekarang.
Selain animasi, dia juga mempunyai bakat nyanyian apabila meminjamkan suaranya dalam album Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin yang diterbitkan pada musim Aidilfitri 2011, serta menyanyi dengan memegang watak Upin & Ipin bersama Najwa Latif untuk lagu 'Terima Kasih Cikgu' pada tahun 2012.