Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Dah Betul-Betul Kena Fokus..." - Farah Lee Komited Dalam Pengajian

Asraf Aided
19/06/2019 13:39 MYT
Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee sedang komited menyiapkan kertas kerja pengajiannya di peringkat Sarjana atau 'masters'.

Perkara itu diokongsi Farah menerusi sebuah entri di akaun Intagramnya buat tatapan umum.

Menurut Farah, dia sedang memerlukan responden untuk proses pengumpulan data kajiannya itu.

"Hari tu Farah pernah tanya tapi Farah busy sangat tak sempat nak follow up jadi Farah tanya lagi sekali.

"Farah dah betul-betul kena focus on data collection ni so Farah akan cuba untuk menyempatkan diri.

"Sesiapa yang berkaitan, kalau free on those date kita boleh jumpa dan Farah boleh buat face-to-face interview," tulisnya sebagai kapsyen.

Farah telah menetapkan tarikh untuk proses pengambilan data itu pada Khamis, Jumaat dan Sabtu minggu ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Haritu Farah pernah tanya tapi Farah busy sangat tak sempat nak follow up jadi Farah tanya lagi sekali ? Farah dah betul2 kena focus on data collection ni so Farah akan cuba untuk menyempatkan diri hiks. . Sesiapa yang berkaitan, kalau free on those date kita boleh jumpa dan Farah boleh buat face-to-face interview. Kalau tak, kita boleh buat video-call interview ataupun boleh jawab in-depth questionnaire. Mana2 yang korang keen and convenient with. . Komen kat bawah ya nanti Farah personally DM korang. Thank you ?

A post shared by FARAH LEE (@farahlee_) on


Sebelum ini, Farah dan Ally pernah mendirikan rumah tangga tetapi hanya berkekalan selama empat tahun. 

Mereka disahkan bercerai pada Ogos 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel.
#Farah Lee