"Dah Boleh Dah Tu" - Hisyam Hamid Bagi Hint Pada Isteri Nak Tambah Zuriat?

Badrul Hashim
April 30, 2019 03:39 MYT
Ringkas sahaja cara Hisyam Hamid bagi hint pada isterinya Rosmawati atau lebih mesra dipanggil melrose.
Hisyam hanya kongsikan gambar isterinya sedang menyusukan bayi di satu entri Instagram miliknya dan menulis caption yang ringkas sahaja.
"Dah boleh dah tu," tulis Hisyam seolah-olah memberi gambaran sudah bersedia untuk menambah ahli keluarga.
Mereka berdua juga sempat bergurau antara satu sama lain di ruangan komen.
"Dah boleh apa bro?", tanya Melrose.
"Alaaaa dah boleh la.. Dah boleh tu," jawap Hisyam pula.
Kepada mereka yang mengenali pasangan Hisyam dan Melrose, pastinya tahu mereka berdua bukan sahaja sentiasa bergurau senda tetapi juga sangat romantis dengan satu sama lain.
Hisyam Hamid berkahwin dengan Rosmawati Hanafi pada tahun 2006 dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Semoga pasangan ini terus bahagia dan dikurniakan lebih ramai zuriat.
Kredit Gambar: Instagram
#pelakon #Hisyam Hamid #Pelakon