“Dah Buat Group WhatsApp & Mulakan Proses Refund” - Kim Seri Nafi Lari Ke Jepun, Beri Kerjasama Untuk Lakukan Siasatan
Pempengaruh yang kini dilanda kontroversi, Kim Seri menafikan mahu melarikan diri ke Jepun seperti didakwa netizen.
Tak lari tapi beri kerjasama lakukan siasatan
Sebaliknya dia masih berada di Korea dan akan memberikan kerjasama kepada pihak yang ingin melakukan siasatan ke atas dirinya.
“Saya tak pernah nak lari ke Jepun dan tak pernah berniat nak tinggal di Jepun. Saya masih di Korea.
“Saya masih di sini memberi kerjasama atas mana-mana siasatan yang di lakukan ke atas saya,” maklumnya menerusi hantaran di Insta Story.
“Saya dah buat group whatsapp dan mulakan proses refund untuk trip Dec 2024 dahulu dan seterusnya saya akan buat untuk trip-trip yang akan datang.
“Trip akan datang tu bukan bermaksud trip baru yang akan dibuka. Saya tidak membuka mana-mana trip baru.
“Maksud saya trip yang sudah ada tapi akan berlepas pada bulan 1 dan 2 2025. Saya dahulukan proses refund untuk trip bulan 12 2024 dahulu.
“Untuk yang bertanya kenapa nombor WhatsApp yang ini tak dapat dihubungi lagi. Saya minta maaf kerana kesilapan saya mendedahkan nombor tersebut kepada umum.
“Kami menerima ratusan mesej sehari dan bukan dari pelanggan yang memohon refund. Jadi, buat masa ini kami terpaksa menutup nombor tersebut dan biarlah kami sendiri yang menghubungi para pelanggan kami,” jelasnya.
Terdahulu, tular di laman sosial video luahan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa penipuan Kim Seri apabila dia bersama rombongan tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan kerana tiada tiket penerbangan seperti dijanjikan pempengaruh berkenaan.
Wanita itu mendakwa sudah membuat semakan di kaunter tiket namun namanya bersama rombongan tiada dalam rekod namun dapat pulang ke tanah air dengan bantuan seorang individu.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Halalkan Satu Sen Pun” - Pelabur Buka Mulut Isu Penutupan Restoran Kim Seri
ARTIKEL BERKAITAN:“Selamat Datang Ke Dunia Muka-Muka” - Restoran Ditukar Milik, Kim Seri Dakwa ‘Ditendang’ Tiba-Tiba
ARTIKEL BERKAITAN:Kecoh Kes 'Tipu' Trip Ke Korea, Kim Seri Mohon Maaf - "Semua Tunggakan Akan Dibayar Sebelum Atau pada 1 Februari 2025"
ARTIKEL BERKAITAN:Tertipu Pakej Travel Ke Korea Selatan TikToker Popular, 10 Pelanggan Buat Laporan Polis - "Kami Rasa Diperdaya"
Seri bagaimanapun tampil memohon maaf kepada pelanggan terkesan dengan trip pakej pelancongan yang tertunda di bawah syarikat miliknya.
Malah dia juga memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan wang kepada pelanggan yang terbabit sebelum atau pada 1 Februari tahun depan.