Pada episod pertama sebelum ini ramai yang mula sudah tak senang duduk nak menantikan apakah yang akan berlaku dengan keluarga Tan Sri Dhameer dalam drama bersiri premium, KUASA.

Penantian mereka bakal berakhir kerana hari ini bakal ditayangkan episod kedua KUASA yang pastinya lebih drama dan kejadian yang akan mengejutkan penonton.

Selepas Tan Sri Dhameer mengumumkan mahu bersara, nampaknya masing-masing telah memulakan Langkah mereka secara tidak langsung.

Pada episod kali ini Arman dan Delilah dilihat sedang bertungkus-lumus dalam mencari pelabur untuk melabur dalam pembikinan filem ‘Sinar Wira’.

Dalam masa yang sama, Tan Sri Dhameer memberitahu Delilah untuk memikirkan masa depannya dengan Arman sebagai pasangan hidup.

Sementara Darius pula masih tidak berpuas hati mengapa Wira Entertainment tidak diserahkan kepadanya.

Selepas berkahwin tanpa pengetahuan keluarga, Darius menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan cara Puan Sri Lily melayan isteri barunya, Emma.

Selain itu, teman wanita Dharma, Natalie pula sukar menyesuaikan diri di Kuala Lumpur dan keluarga Tan Sri Dhameer.

Apakah lagi drama keluarga Tan Sri Dhameer kali ini? Jangan lupa saksikannya dalam episod mala mini pada jam 9.00 malam di saluran Astro Citra.

Saksikan KUASA yang mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.

Astro Originals ini membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian,Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.

KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.

Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam, bermula 11April ini. Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.