Penyanyi dan pelakon Sasha Saidin memaklumkan kehidupan harian penduduk di Dubai hampir kembali normal selepas mencapai imuniti kelompok sejak pertengahan tahun lalu.

BACA: Sasha Saidin Sudah Empat Kali Vaksin - "Booster Shots Done!"

Biarpun kebanyakan penduduk di sana sudah lengkap dos vaksin namun mereka disarankan untuk mengambil vaksin penggalak bagi memberikan perlindungan optimum daripada pelbagai varian lain.

"Pada minggu lalu, saya mendapat khabar berita seorang kenalan rapat disahkan positif Covid-19 dan beliau hilang segala deria rasa dan bau. Walau bagaimanapun beliau tetap bersyukur yang beliau telah divaksin terlebih dahulu kerana kalau tidak mungkin lebih padah simptom-simptomnya seperti sesak nafas dan seterusnya.

"Kalau di UAE walaupun immuniti kelompok telah dicapai sekitar pertengahan tahun ini dan kadar jangkitan purata mingguan telah turun kepada angka yang kurang membimbangkan namun kerajaan UAE masih menyarankan mereka yang sudah divaksinasi untuk mengambil ‘booster’ sebagai perlindungan maksimal menentang variant-variant baru yang lebih agresif.

"Contohnya siapa yang telah mengambil vaksin Sinopharm (yang telah mula diberikan kepada penduduk UAE seawal pertengahan 2020) boleh mengambil booster shot Pfizer sebanyak 2 dos juga.

"Alhamdulillah kini kehidupan harian di sini sudah kembali hampir seperti normal dan ini jelas dengan pembukaan Expo 2020 Dubai yang akan berlangsung selama 6 bulan dari 1 Oktober 2020 dan melibatkan 192 negara dari seluruh dunia.

"Walau bagaimanapun SOP tetap dijaga seperti memakai mask selain dari menunjukkan sijil vaksinasi atau keputusan PCR yang negatif untuk sesiapa yang mahu memasuki kawasan tapak Expo 2020 Dubai," ceritanya.

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin)


Tambah Sasha, situasi yang semakin membaik itu memberikan harapan yang cerah untuk bertemu dengan ahli keluarganya dalam masa terdekat.

"Saya yang telah menetap di UAE selama 2 tahun sudah mula nampak keadaan keseluruhannya hampir kembali seperti sebelum pandemik dan sangat teruja untuk kaum keluarga serta sahabat handai dari Malaysia untuk datang melawat kami di sini dalam masa terdekat inshallah.

"Sesungguhnya Allah senantiasa meminta hamba-hambaNya untuk senantiasa mencari ikhtiar bagi melawan apa-apa penyakit serta melindungi diri kita sendiri sebaik mana kita mampu hendakNya.

"Terpulanglah pada diri kita sendiri untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk kerana tiada siapa yang lebih bertanggungjawab ke atas tubuh badan kita daripada diri kita sendiri," pesan Sasha.