Bekas anggota kumpulan Elite berkongsi pengalamannya sebagai penerima empat kali dos vaksin Covid-19.

Sasha, yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menerusi laman sosial Instagram berkata di telah menerima dos pertama Sinopharm pada Disember 2020 dan dos kedua pada Januari 2021.

Kemudiannya menerima Pfizer dos pertama dan kedua pada Ogos 2021.

Selain itu menerusi entri sama, Sasha turut berkongsi tentang kes jangkitan virus Covid-19 di UAE yang semakin menurun.

“Booster shots done! Sinopharm 1st dose Dec 2020, Sinopharm 2nd dose Jan 2021, Pfizer 1st & 2nd dose August 2021.

“Syukur angka terbaru kes Covid di UAE sekitar 311 kes seminggu. Harap ia semakin turun dan dapat menjalani kehidupan normal kembali,” katanya.

Sementara itu pengikut Sasha turut bertanya tentang keperluan mengambil vaksin booster, selain mendoakan kesihatannya.

Namun ada juga yang mendakwa badan Sasha kini sudah dipenuhi bahan kimia.

“Lebih baik daripada menyesal di kemudian hari. Insya-Allah. Tiada paksaan untuk mengambil vaksin tambahan tetapi digalakkan, sebab varian baru seperti Delta dan lain-lain lebih agresif.

“Vaksin di sini percuma, sama seperti di Malaysia juga,” katanya menjawab persoalan.

Sasha dan suami berpindah ke Dubai pada Januari tahun lalu selepas berkahwin.