Drama hebat Pelindung Seorang Puteri akhirnya tamat di episod 16 semalam.

Pelindung Seorang Puteri yang dibintangi pelakon terkenal Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi itu telah pun mendapat perhatian ramai di media sosial termasuk Instagram (IG) dan Twitter.

Malah menjadi trending di Twitter dengan 16,000 kicauan.

Tidak kurang juga di IG Story Lisa dari semalam dibanjiri post yang dimuat naik penonton setia drama tersebut yang memberi komen dan teruja mengenai episod akhir.

Rata-rata memuji kesudahan drama tersebut dan berpuas hati dengan episode akhirnya.

Berikut antara komen-komen mereka:

“Dah habis, sakit jantung aku tengok saiful tikam hazril.

“Cepat sangat episode malam ni, tahu-tahu dah habis.

“Mental wey jadi Rose ni, bukan Epul je mental.

“Best ending! 10/10.

“At last Hazril is the best pelindung for Rose.

“Tak pernah tengok drama Melayu tampil dengan semua pelakon kegemaran saya,” komen mereka.



Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskhah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.