Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Dah Kenal 18 Tahun... Sham-Naqiu Tepis Spekulasi Hubungan Sejenis! - "Berkembang Dari Dalam Studio Lagi ..."

Azwa Rahman
11/12/2019 10:15 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Naqiu Boboy menepis dakwaan warganet yang menyatakan dia dan Sham menjalinkan hubungan sejenis.
 
Menurut Naqiu, itu merupakan berita paling kelakar yang diterimanya sepanjang berada di dalam GV2019.
 
“Pada hari pertama kami dapat tahu pasal ni, memang kami ketawa besar. Sudah lah baru minggu lepas ada kontroversi saya berkahwin kali kedua, sekarang ada gosip ‘bromance’ pula.
 
“Saya sayangkan Sham sebagai abang saya sendiri dia banyak tolong beri nasihat dan saya turut berkongsi pemgalaman-pengalaman sewaktu saya berdepan masalah hilang suara sewaktu menyanyi di kelab dulu.
 
“Saya juga sangat menyayangi dia walaupun disalah anggap, kami tak kisah,” kata Naqiu kepada Gempak.
 
Naqiu ditemui selepas membuat persembahan lagu Tinting pada konsert suku akhir GV2019 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam.
 
Tambah Naqiu lagi, dia berterima kasih kepada mereka yang mengeluarkan dakwaan seperti.
 
“Kepada mereka yang cakap kami ni ada hubungan, terima kasih kerasa saya tahu jauh di lubuk hati anda, anda menyayanyi kami berdua,” ujarnya lagi sambil ketawa.
 
Bagi Sham pula, dia merasakan setiap dakwaan itu merupakan pantulan daripada sikap orang itu sendiri.
 
“Sebetulnya, saya sangat mengagumi bakat yang ada pada Naqiu. Saya mengenali Naqiu dah lama sejak tahun 2001, dia berkembang di dalam studio milik saya dulu.
 
“Jadi bila saya lihat Naqiu pada masa itu dan pada hari ini, itu yang membuatkan saya sangat kagum dengan evolusi dia. Bagaimana dia berkembang daripada seorang remaja kepada gitaris dan penyanyi yang sangat hebat,” ujar Sham lagi.
 
Pada konsert separuh akhir minggu depan, Naqiu bakal mempersembahkan lagu Always dan Hanya Namamu duet bersama penyanyi asal Azmi Saat daripada kumpulan Caliph Buskers.
 
Jangan lupa saksikan konsert separuh akhir GV2019 pada hari Ahad ini pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
 
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
 
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
 
#Konsert #Selebriti #Konsert #GV2019