Penampilan terkini penyanyi popular Celine Dion dengan wajah cengkung dan bertubuh kurus mencetuskan pelbagai teka-teki dalam kalangan peminat.

Janda berusia 50 tahun itu muncul di kota fesyen Paris beberapa hari lalu dan mencuri tumpuan umum.

Malah, selepas tular foto-fotonya ketika acara tersebut, peminat mula membuat spekulasi penyanyi lagu My Heart Will Go On itu menderita sakit.



Namun, Celine ada jawapannya sendiri.

"Saya lakukan (perubahan) untuk diri sendiri. Saya mahu jadi lebih yakin, cantik, feminin dan seksi," kata Dion kepada The Sun dalam wawancara.

Sehubungan itu, Dion enggan isu berat badannnya menjadi bahan perbincangan.

"Sekiranya saya suka, saya tidak akan bercakap mengenainya. Jangan peduli. Jangan ambil gambar," tegasnya.

Tambah Dion lagi: "Sekiranya anda suka, saya ada di sana. Jika anda tidak suka, tinggalkan saya sendirian."

Foto: Just Jared