Pelakon filem Black Panther, Chadwick Boseman mencetuskan kerisauan peminatnya apabila muncul dalam keadaan kurus kering berbanding sosoknya terdahulu.

Mengemaskini akaun Instagramnya, Boseman, 42, dihujani dengan pertanyaan tentang kondisi kesihatannya terkini.

Fizikal Boseman itu mengingatkan peminat akan mendiang Nipsey Hussle yang meninggal dunia kerana ditembak tahun lalu.

BACA: Sadis! Rapper Nipsey Hussle Mati Ditembak Berkali-Kali

Namun, ada yang beranggapan Boseman kini dalam proses menurunkan berat badan untuk karakter terbaharu lakonannya dalam sebuah filem.

Boseman bagaimanapun tidak membalas pertanyaan peminat yang rata-rata turut mendoakan kesihatannya.

Menerusi video itu, Boseman meraikan ulangtahun legenda besbol Amerika Syarikat, Jackie Robinson.

Sempena perayaan itu, Operation 42 menyalurkan sumbanan sebanyak AS$4.2 juta (RM18.3 juta) untuk pembelian peralatan perlindungan diri (PPE) untuk hospital yang merawat komuniti Afrika-Amerika.

I am hearing stories of desperation from people all over the country, and we know our communities are suffering the most and urgently need help. Celebrating #JackieRobinsonDay with the launch of Thomas Tull’s #Operation42, a donation of 4.2 million dollars in personal protective equipment (PPE) to hospitals that service the African American Communities who have been hit the hardest by the Covid-19 pandemic. Thank you, Jackie, for refusing to accept the world as it is, for showing us that we can make a difference.

A post shared by Chadwick Boseman (@chadwickboseman) on


42 merupakan filem yang meledakkan nama Boseman di industri perfileman Hollywood.

Filem ini menceritakan kisah perjuangan Jackie Robinson menjadi individu Afrika-Amerika pertama yang bermain di Major League Baseball.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!