“Dah Lah Yang Paling Lama, Sunyi Dan Terpinggir…” Pelajar Kongsi Kisah Seram Di Kolej Masa PKP

Mya Amri
September 21, 2020 11:40 MYT
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung pada 18 Mac lalu, pasti ada diantara kita mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Begitu juga dengan beberapa pelajar yang berkongsi kisah seram apabila terperangkap di kolej sepanjang tempoh tersebut.
Menerusi coretan di Twitter, ada diantara pelajar meluahkan rasa takut untuk pulang ke kolej selepas ditinggalkan kosong lebih tiga bulan.
“Aku bukan risau apa, kolej aku dah lah paling sunyi terpinggir kalau ramai tak balik karang takut pula. Kolej tu dah lah yang paling lama dan lama pula tinggal lepas PKP. Selalunya cuti sem pun sebulan je. Ni dah tiga bulan lebih tinggal. God help me,” kongsi @netnutttt.
“Siapa pula yang menangis pukul 3 pagi dekat asrama university waktu PKP ni,” tulis salah seorang pelajar.
Itu merupakan antara perkongsian pelajar, namun bagaimanapun keadaan tiga sahabat yang terpaksa dilalui mereka sewaktu terperangkap dikolej?
Saksikan filem terbaharu berjudul Kelaster yang dibintangi oleh Achey, Nora Danish, Merqeen, Amyza Aznan dan Azhan Rani.
BACA: Kelaster, Kisah Seram Pelajar Terperangkap Di Kolej Diganggu Ketika PKP
Kelaster merupakan filem komedi seram terbaharu yang akan ditayangkan pada 24 September ini di Astro First (saluran 480).
#Kelaster