Hiburan

Dah Lama Tak Berdiri” - Video Edika Yusof Bawa Isteri Fisioterapi Sentuh Hati Netizen

gempak
Fiza Kamarudin
07/02/2020
08:15 MYT
Sponsor Banner
Dah Lama Tak Berdiri” - Video Edika Yusof Bawa Isteri Fisioterapi Sentuh Hati Netizen
Pelakon Edika Yusof dua hari lalu telah memuat naik posting isterinya sedang menjani fisioterapi di laman sosial Instagram (IG).
Pada ruangan kapsyen, Edika memberitahu isterinya sudah 14 tahun tidak berdiri dan sedang menjalani latihan fisio yang dipanggil ‘Tilt Table’.
Menerusi video yang dimuat naik tersebut isteri Edika, Nor Hidayah Yusri turut kelihatan ceria dan positif.
Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat semangat ditunjukkan Not Hidayah dan memuji Edika kerana sentiasa disisi isterinya dalam apa jua keadaan.
Mereka turut mendoakan agar Edika terus memberi semangat kepada isterinya supaya dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain selepas ini.
Edika turut membalas komen yang ditinggalkan pengikut pada posting tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada yang telah mendoakan dan memberi kata-kata positif.
Pelakon popular era 90an itu menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini sejak 14 tahun lalu.
Nor Hidayah lumpuh selepas melahirkan anak kedua mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024