HIBURAN
Hael Husaini Hanya Upah ‘Bodyguard’ Jika Gayakan Barangan Jenama Mewah - “Saya Cuma Ada Pemandu Peribadi Sebab…”
Penyanyi Hael Husaini menafikan dakwaan dia kini sentiasa dikawal ketat oleh pengawal peribadi yang diupah untuk menjaganya ketika menghadiri mana-mana acara.
Tiada keperluan
Hael atau nama sebenar Hal Husaini Razmi, berkata, buat masa sekarang dia tidak mempunyai keperluan untuk mengupah 'bodyguard’.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 37 tahun ini hanya akan berbuat demikian jika sedang mengayakan barangan jenama mewah yang menajanya sebagai tujuan keselamatan.
"Saya tiada pengawal peribadi, belum ada keperluan buat masa ini. Namun, jika ada beberapa acara yang memerlukan untuk saya dikawal ketat, saya akan upah 'bodyguard'.
"Contoh acara yang perlukan kawalan apabila melibatkan jenama-jenama besar atau saya menyarung mahupun menggayakan jenama mewah tersebut di atas badan.
ARTIKEL BERKAITAN: Hael Tak Sangka Raja Charles III Faham Maksud Lagu Anta Permana - “Bila Disebut Nama Siti, Bangganya Saya Sebagai Rakyat Malaysia”
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Request Showcase, Hael Husaini Kata Dalam Perancangan
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Istilah Merajuk, Hael Husaini Hanya Berehat Sekejap Jadi Penyanyi - “Untuk Tahun Ini Saya Mahu Fokus…”
"Tujuan 'bodyguard' itu lebih kepada menjaga barangan yang saya pakai. Jaga barang, bukan jaga saya." katanya kepada Gempak.
Hael berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Raya Hael Husaini & Nadeera x Huge Entertainment House yang berlangsung di Glam Hall Damansara, pada Rabu.
Pemandu peribadi
Dalam pada itu, pelantun lagu 'Jampi' ini mengakui ada mengupah pemandu peribadi bagi memudahkannya selamat sampai ke lokasi yang ingin dituju.
"Saya tiada bodyguard, saya cuma upah pemandu peribadi. Saya kurang mahir memandu kereta, jadi apabila ada pemandu peribadi, dia boleh bawa saya dengan selamat ke lokasi.
"Ketika ada undangan yang banyak, waktu saya sangat terhad dan perlu sampai ke lokasi dengan tepat pada waktunya. Itulah fungsi pemandu yang saya upah itu." tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Hael bakal melancarkan album kolabrasi bersama Nadeera yang dijangka diterbitkan pada tahun ini.
Must-Watch Video