“Dah Macam Snek” - Mengandung Anak Pertama, Ernie Zakri Suka Kunyah Ais? Kalau Boleh Setiap...
28/12/2021 00:55 MYT
Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakrie, dia kini tidak boleh berhenti daripada mengunyah ketulan ais.
"Alhamdulillah setakat ini saya tidaklah mengidam benda yang pelik-pelik.
“Semuanya mudah-mudah saja. Cumanya saya rasa habit yang saya perlu stop adalah mengunyah ais,” katanya.
Jelas Ernie, tabiat mengunyah ais itu bukanlah sesuatu yang selalu diamalkan, apatah lagi dia perlu menjaga suara sebagai penyanyi.
"Benda kunyah ais ni saya tak pernah buat sebelum ni. Ye lah saya pun sebelum ni memang kurang minum ais sebab menyanyi.
“Tetapi waktu mengandung ni, benda tu jadi macam snek. Setiap hari minta ais.
"Selalunya orang akan tanya nak keropok, tetapi suami saya akan tanya nak ais?" katanya yang dijangka menimang cahaya mata perempuan pada Mac tahun depan.
Untuk rekod, Ernie dan Syamel, 28, mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Terdahulu, Ernie menjadi penyanyi jemputan berdua dengan bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Saiful Apek dan Yassin (SaYa).
Ernie dan SaYa membawakan lagu Hampir Ke Situ nyanyian asal Mendua.
Sekadar info, Upiak Isil menjadi bintang GV8 ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keenam yang bersiaran secara langsung pada Ahad.
Upiak mendapat markah 56.3% gagal meneruskan perjuangan pada minggu yang berbaki cuma empat konsert.
Upiak yang menyanyikan lagu Sembunyi (Misha Omar ft Andi Flop Poppy) bersama Usop gagal memuaskan hati juri.
BACA : GV8: Beza 0.1% Dengan Bandi Amuk, Upiak Isil Tersingkir Dengan Markah ...