Upiak Isil menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keenam yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Upiak mendapat markah 56.3% gagal meneruskan perjuangan pada minggu yang berbaki cuma empat konsert.

Upiak yang menyanyikan lagu Sembunyi (Misha Omar ft Andi Flop Poppy) bersama Usop gagal memuaskan hati juri.

"Anda struggle pitching terutama bahagian transisi rock ke dangdut," kata Jennifer Thompson.

Suki pula menjadi bintang yang menjuarai konsert mingguan keenam dengan markah sebanyak 83.6%.

Bertemakan Langkah Seiringan, persembahan bintang pada konsert kelima dinilai oleh juri tetap GV8, Datuk Ramli Ms, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Jennifer Thompson selaku juri jemputan.

Berikut merupakan markah penuh peserta:




Sementara itu, di awal konsert Suki Low diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak pula terus dibolot kali kelima oleh kumpulan duo Sa.Ya.

GV8 Konsert minggu keenam kembali dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.