Hiburan
"Dah Menunggu Rezeki Ini Hampir 10 Tahun" - Semangat Keibuan Umie Aida Semakin Memuncak
Aktres jelita, Datin Seri Umie Aida akui teruja menggayakan pakaian dan aksesori anak angkatnya, Nur Aisya.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.
Menurut Umie, semangat keibuannya semakin membuak-buak selepas kewujudan Aisya dalam hidupnya.
Umie juga sangat gembira membesarkan anak perempuan kerana dia sudah mengidamkan perkara itu sejak hampir sepuluh tahun yang lalu.
"Bila ada baby girl, lain rasanya, kita akan melaramkan dia, kena pula tu menunggu rezeki ini hampir 10 tahun.
"Semacam punya semangat keibuan yang muncul dalam diriku ini," tulis Umie sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan ada yang turut berkongsi pengalaman sepanjang bergelar ibu.
Imbas kembali, Umie mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada Mac 2010 dah tidak dikurniakan cahaya mata.
Terdahulu, Umie telah membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhilmi, 25.
Must-Watch Video