Hiburan
“Dah Putus…” - Bekas Teman Lelaki Jelas Hal Sebenar, Malu Ramai Bertanya Tentang Lelaki Misteri Dalam IG Risteena
Bekas teman lelaki Risteena Munim, pelakon Ikhwan Khairuddin, tampil memberikan penjelasan mengenai hubungannya dengak aktres tersebut.
Ikhwan berkata dia tampil membuat penjelasan kerana malu apabila ramai yang bertanya adakah dia lelaki misteri sering muncul di Instagram Risteena.
"Ya, saya dan Risteena sudah putus. Saya perlu jelaskan perkara ini kerana saya segan dan malu apabila ramai bertanya adakah saya lelaki misteri yang sering muncul di Instagram Risteena,” katanya.
Ikhwan berkata, mereka juga sepatutnya bertunang pada 19 Oktober lalu tetapi semua perancangan itu terpaksa dibatalkan pada saat akhir termasuk majlis pernikahan.
Bagaimanapun, Ikhwan enggan mengulas lanjut punca perpisahan mereka sebaliknya menganggap antara mereka sudah tiada jodoh.
"Selepas menjalin hubungan selama tujuh tahun, kami merancang untuk berkahwin bulan ini. Namun, perkara itu tidak menjadi. Segala persiapan yang sudah dibuat terpaksa dibatalkan. Saya percaya, aturan Allah itu lebih baik dan pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Cukuplah orang tahu kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. Bagi saya ini yang terbaik daripada terus membuat orang sekeliling berteka-teki. Dia juga boleh fokus dengan hubungan baru yang dibina.
"Tipulah kalau saya kata tidak sedih dengan perpisahan ini. Berkat doa emak, saya bangkit dan mulakan hidup baru. Apa yang terjadi, biarlah menjadi simpanan peribadi kami dan tidak perlu saya kongsikan.
Saya doakan Risteena bahagia dan berjaya dengan setiap apa yang dirancang," katanya.
Ikhwan yang berhenti berlakon sejak enam tahun lalu kembali aktif dalam bidang lakonan selain menguruskan perniagaan sendiri.
"Alhamdulillah, sejak bulan lalu saya sudah terbabit dalam beberapa drama. Walaupun diberikan watak kecil, saya bersyukur kerana penerbit dan pengarah masih mempercayai bakat saya.
"Saya cuba perlahan-lahan untuk kembali aktif. Saya berterima kasih kepada semua pihak dan rakan artis yang banyak memberikan kata-kata semangat dan sokongan," katanya.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video