Filem

Dah Ready Demam NKCTHI? Kenali Dulu Barisan Pelakon

Zulaikha Yusof
25/04/2020
03:36 MYT
Filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) diadaptasikan dari buku best selling Indonesia dengan judul yang sama iaitu NKCTHI.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Keunikan karakter setiap ahli keluarga Narendra ini ditayang terus di pawagam rumah anda!
Jom kita kenali barisan pelakon NKCTHI:
1. Rachel Amanda
Nama Rachel Amanda Aurora, 25, tidak asing lagi kerana telah menjadi salah satu bintang sinetron yang wajahnya kerap menghiasi kaca televisyen sejak usianya masih kecil.
Perjalanan karier seni bermula dengan sinetron Wajah Penuh Cinta pada tahun 1999 dan diteruskan dengan beberapa karya sehingga menerima tawaran berlakon filem.
Filem Heart merupakan filem pertama yang dilakonkan ketika usianya baru memasuki 10 tahun.
2. Rio Dewanto
Rio, 33, mula dikenali ramai selepas berlakon dalam filem Pintu Terlarang (2009) dan Ratu Kostmopolitan (2010).
Pada penghujung tahun 2011, Rio terlibat dengan sebuah produksi filem bersama aktor Hollywood iaitu Mickey Rourke, Kellan Lutz, Ario Bayu, Tio Pakusadewo, Atiqah Hasiholan dan banyak lagi.
Rio banyak kali memenangi anugerah antaranya Pelakon Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik.
3. Sheila Dara Aisha
Sheila, 28, merupakan seorang penyanyi dan aktres Indonesia berdarah Sunda-Minang.
Sheila telah mengeluarkan beberapa album dan membintangi beberapa filem televisyen, sinetron, dan iklan.
Selain karier di dunia hiburan, Sheila juga menjadi CEO di Shefai Dream Production, sebuah syarikat yang bergerak di bidang produksi dan pre-produksi.
4. Ardhito Pramono
Pemilik Ardhito Rifqi Pramono, 25, adalah seorang penyanyi dan penulis lagu.
Sejak kecil lagi, darah muzik sudah mengalir dalam diri Ardhito. Dia seorang penggemar muzik jazz dan lagu tahun 40an.
NKCTHI merupakan filem sulung Ardhito yang memegang watak Kale.
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.