Kata orang keberkatan ilmu itu salah satunya daripada restu guru yang mendidik.

Namun, apa pula ertinya pengorbanan seorang guru langsung tidak dihargai pelajar-pelajarnya?

Baru-baru ini tular beberapa keping foto dari tangkap layar seorang pengguna yang dimuatnaik di Twitter, dipercayai dari status WhatsApp Story ibunya sendiri.

Semangat untuk datang mengajar hingga sanggup membelikan sarapan buat pelajarnya, namun hanya seorang daripda 14 murid hadir pada sesi berkenaan.

"Dah ready dengan sarapan untuk pelajar, seorang pun tak sampai lagi. Huhu.

"Kehadiran 1/14," tulis guru wanita berkenaan berserta emoji menangis.



Tambah pemilik akaun Twitter berkenaan yang dikenali sebagai Ammar, pelajar kelas ibunya itu terdiri daripada lelaki sahaja.

"Untuk yang tanya mana pergi semua budak perempuan kelas ni, sebenarnya kelas yang mak aku ajar ni semua pelajarnya lelaki," tulisnya.

Bagaimanapun, tegas Ammar dia tidak melabelkan semua pelajar zaman sekarang punyai perangai negatif.

"Aku nak cakap bukan semua student zaman sekarang macam ni ye. Ada yang bagus ada yang rajin.

"Aku tak nafikan yang 'promax' ini mencabar sikit sebab pandemik COVID-19. Belajarlah rajin-rajin supaya korang dapat result gempak kali ini.

"Buktikanlah yang even dalam situasi pandemik macam ni pun korang boleh survive dan perform SPM korang," nasihatnya.