Setelah sekian lama menanti, akhirnya drama Dendam Seorang Isteri yang diadaptasi dari drama terbaik Korea, Temptation Of Wife bakal membuka tirai hari ini.

Lihat sahaja nama empat pelakon utamanya iaitu Fasha Sandha, Nad Zainal dan Wan Raja pun sudah tahu tahap kehebatan lakonan mereka.

Malah menerusi media sosial juga warga maya sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk menonton episod pertama yang akan bersiaran bermula hari ini.

Drama arahan Uchee Fukada dan Nizam Zakaria bersama Shahrulezad ini merupakan terbitan Radius One Sdn Bhd.

Ehem dah ready ke tu? Berikut adalah perkara-perkara yang akan berlaku untuk menaikkan keinginan menonton Dendam Seorang Isteri jam 6 petang ini.


#Nad Zainal


Ini merupakan kemunculan pertama Nad Zainal di slot Tiara (Astro Prima). Kirana merupakan teraju utama yang bakal ‘membakar’ hati penonton dengan lakonannya. Pelakon hebat ini jug beraksi dengan ‘queen of telenovela’ Fasha Sandha.


#Fasha Sandha


Merupakan 'Queen of Telenovela guys!' Setiap drama lakonan Fasha confirm best! Dendam Seorang Isteri ialah drama keempat untuk pelakon hebat ini sebagai teraju utama di saluran Prima.

Amira dikatakan karakter yang agak mencabar untuk Fasha Sandha kerana perlu memainkan dua watak iaitu Amira dan Neelisa. Siapa Neelisa? Tunggu dan lihat.


#Ziema Din


Mona merupakan ibu mentua Amira yang bakal menaikkan darah anda dengan layanannya terhadap Amira. Dibintangi oleh Ziema Din, Mona bakal memainkan peranan penting dalam drama ini.


#Wan Raja


Harris merupakan antara karakter lakonan hebat Wan Raja. Harris ini bakal membuatkan anda geram dengan perangainya yang pantang melihat wanita. Harris yang juga ada ‘soft-side’ bakal menjadi pemangkin utama di dalam plot Dendam Seorang Isteri.

Saksikan episod pertama Dendam Seorang Isteri secara eksklusif menerusi slot Tiara di Astro Prima (saluran 105) hari ini, jam 6 petang.


Pada yang terlepas boleh juga tonton di Astro Go & On-Demand. Jangan lupa untuk hashtag #dendamseorangisteri di media social anda!