Hiburan

Dah Siap Bagi Hint! Ibu Restu Hubungan Jeon So Min Dengan Yang Se Chan

gempak
Mya Amri
17/02/2020
14:50 MYT
Sponsor Banner
Dah Siap Bagi Hint! Ibu Restu Hubungan Jeon So Min Dengan Yang Se Chan
Anggota Running Man Jeon So Min mendedahkan ibunya mempunyai niat untuk menjodohkan dirinya dengan Yang Se Chan.
Menurut So Min, ibunya juga turut merestui hubungan ‘cinta’ mereka dalam Running Man.
“Secara jujurnya, ibu saya meminta nombor telefon Se Chan sewaktu perayaan Seollal (tahun baru Korea) baru-baru ini.
“Ibu juga memberitahu yang dia mahukan saya cepat kahwin. Dia juga mahu saya bercinta dengan seseorang yang bekerja dalam industri yang sama.
“Selepas itu, ibu terus meminta nombor Se Chan supaya dia dapat bercakap sendiri dengannya,” dedah So Min menerusi episod terbaru Running Man.
Dalam pada itu, Se Chan juga mendedahkan bahawa keluarganya juga berkenan dengan So Min.
“Abang saya juga turut berminat dengan hubungan ‘cinta’ kami dalam Running Man dan dia juga bertanyakan pendapat saya tentang So Min.
“Jadi saya hanya menjawab hubungan kami bukan seperti yang disangka. Bila ada orang yang bertanyakan mengenai perkara itu, ia membuatkan saya rasa sedikit pelik,” katanya.
Terdahulu, So Min dan Se Chan telah dipilih sebagai anggota tetap Running Man dan memulakan penggambaran pertama mereka pada 3 April 2017.
So Min dan Se Chan kemudinnya mula menjadi pasangan cinta dalam program tersebut selepas dijodohkan anggota Running Man.
Sebelum ini, program itu juga terkenal dengan pasangan Monday Couple yang diperkenalkan oleh Yoo Jae Suk selepas ‘menjodohkan’ Song Ji Hyo dan bekas anggota Running Man, Kang Gary.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live