Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Dah Tak Nak Ingat, It's a Nightmare!” – Kena Buatan Orang, Syafiqah Aina Syukur Okay Lepas Berubat

Mya Amri
06/09/2021 08:16 MYT
Personaliti media sosial, Syafiqah Aina memanjatkan rasa syukur berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam dari seorang ustaz.
 
Menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi, isteri kepada ahli perniagaan dan juga Instafamous Hafiz Mahamad ini memaklumkan dia tidak mahu mengingati kejadian itu lagi selepas ini.
 
Syafiqah Aina atau lebih mesra dengan panggilan Ain aini menganggap kejadian itu umpama mimpi buruk dalam hidupnya.
 
“Alhamdulillah, Aina okay dan sihat saja tau. Terima kasih pada semua orang. Aina tahu ramai sangat yang mendoakan baik baik untuk Aina.
 
“Saya rasa Hafiz dah beritahu semuanya malam tadi dalam siaran langsung di IG dia. Jadi Aina rasa cukup sampai situ je ceritanya okay?
 
“Maaf tau, sebab Aina sebenarnya tak nak ingat dan fikir lagi pasal benda tu semua. It's a nightmare! Benda yang Aina takan boleh lupa tapi dalam masa yang sama Aina tak nak ingat dah.
 
“Maafkan kalau ada perkara yang Aina dan Hafiz buat atau post di social media yang buat awak rasa tak senang. Tak pernah ada niat lain selain kami nak kongsi apa yang mungkin bermanfaat untuk awak semua,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

 
Terdahulu, Hafiz akhirnya membuka mulut mengenai situasi sebenar yang berlaku ke atas belahan jiwanya, Syafiqah Aina semlam.
 
BACA: “Diri Saya Takda Apa-Apa Untuk Didengkikan” - Hafiz Mahamad & Isteri Terkena Buatan Orang
 
Hafiz mengulas mengenai beberapa hantaran video di Instagram Storynya sebelum itu yang memperlihatkan Aina menangis sewaktu sedang mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz.
 
Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Aina pada 24 November 2017 dan pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata perempuan, Raisya Arisa pada 26 Jun 2019.
#Personaliti Media Sosial #Syafiqah Aina #Influencer #Buatan Orang #Berubat