Baru-baru ini, tular isu foto selebriti popular Janna Nick bersama Eyka Farhana yang didakwa netizen kelihatan seperti kekasih sesama jantina.

Menerusi laporan H Live, Janna mengatakan dia dan Eyka tidak berniat untuk membuat peminat mereka berfikir sebegitu, sebaliknya hanya bergaya untuk menunjukkan kemesraan mereka.

"Bagi saya, gaya sebegitu agak normal jika dilakukan sesama perempuan kerana secara semulajadinya perempuan bersifat manja dan mesra.

"Selain itu, saya dan Eyka bergaya sebegitu untuk menunjukkan angle yang menampakkan jawline kami.

"Dah tu saya kena posing macam abang-abang ke," katanya berseloroh.

Janna mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2016 dan berjaya membina popularitinya menerusi bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).