Dahlia Rizal Dah Lama Impikan Majlis Resepsi Tema Bollywood - "Tak Risau Sebab Keluarga Imran Ada Darah Pakistan"

Amri Hassan
Disember 5, 2023 02:57 MYT
Pempengaruh Dahlia Rizal dan Imran Aqil meraikan majlis resepsi mereka dengan memilih tema Bollywood pada Ahad lalu.

BERITA TRENDING: Nasi Goreng Ikan Masin Hidangan Pertama Dahlia Rizal Untuk Suami

Berkongsi pemilihan tema itu, kata Dahlia, ia relevan memandangkan keluarga suaminya punyai darah Pakistan.
"Majlis resepsi sebelah Imran berlangsung dengan gemilangnya! Dulu saya sentiasa impikan majlis resepsi bertemakan Bollywood, sekarang tak risau lagi sebab keluarga Imran memang ada darah Pakistan.
"Rasa bertuah menjadi sebahagian daripada keluarga ini dan belajar lebih banyak tentang budaya mereka," tulis Dahlia di hantaran Instagram.

PILIHAN PEMBACA: Suami Lupa Basuh Pinggan, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar!

Majlis serba indah dengan persalinan merah yang digayakan Dahlia mendapat pujian peminat pasangan itu.
"Cantik gila! Bestnya tiap minggu kahwin.
"Tengok pengantin perempuan je, macam tak perasan ada pengantin lelaki sebelah. Lawa nau!
"Setiap minggu kahwin je dik, nasib baik lawa handsome," puji beberapa warganet.
Sebaik sahaja selesai majlis resepsi sebelah pengantin lelaki, pasangan merpati dua sejoli itu berangkat ke Kashmir, India untuk bercuti.
Untuk rekod, Dahlia dan Imran telah selamat bergelar suami isteri pada 9 September lalu.

PILIHAN PEMBACA: “Untuk Berkahwin Kena Jaga Niat, Bukan Sebab Nafsu Semata…” - Imran Aqil

#Kahwin #Viral #Bollywood #India #Resepsi #Influencer #Imran Aqil #Dahlia Rizal #Kashmir