Laman Utama

“Untuk Berkahwin Kena Jaga Niat, Bukan Sebab Nafsu Semata…” - Imran Aqil

gempak
Asyikin Mayudin
27/09/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
“Untuk Berkahwin Kena Jaga Niat, Bukan Sebab Nafsu Semata…” - Imran Aqil
Pelakon dan penyampai radio Imran Aqil berpendapat persediaan dari segi menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri lebih utama sebelum mahu mendirikan rumah tangga.
Menurut Imran, tiada masalah untuk pasangan yang masih muda ingin mendirikan rumah tangga jika sudah mempunyai persediaan daripada segi itu.
“Pada pandangan saya tiada masalah pun jika seseorang itu ingin kahwin di usia yang muda mahupun berumur. Apa yang penting adalah dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab.
“Kalau umur dia baru sahaja 19 tahun tapi sudah bersedia dari setiap sudut, saya bersetuju sahaja dia berkahwin,” kata Imran ketika menjawab pertanyaan peminat di sesi siarang langsung di TikTok, baru-baru ini.
Selain itu, adik kepada pelakon dan model Nabil Aqil ini turut memberitahu antara aspek yang perlu dititikberatkan adalah fizikal, kewangan dan spiritual.
“Perlu bersedia dari tiga aspek iaitu kewangan, fizikal dan spiritual. Spiritual itu adalah iman, niat untuk berkahwin.
“Jadi untuk berkahwin kena jaga niat untuk agama dan meramaikan lagi keturunan Nabi Muhammad iaitu orang Islam. Bukan sebab nafsu semata-mata,” ujarnya.
Pada 10 September lalu, Imran atau nama sebenarnya atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, selamat bergelar suami kepada pempengaruh media sosial iaitu Dahlia Rizal, 22.
BACA SINI: Ramai Puji Mekap Pengantin Dahlia Rizal Cantik, Rupanya Ada Satu Step Sengaja Ditinggalkan…
BACA SINI: Kongsi Foto Genggaman Tangan, Imran Aqil & Dahlia Rizal Selamat Bernikah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live