HIBURAN
Dahlia Rizal Dedah Imran Aqil Kena ‘Scam’ Dengan Ibu Mentua Sendiri - “Mak Cakap Jangan Risau…”
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal mendedahkan suaminya iaitu Imran Aqil sudah menjadi mangsa ’scammer’ ibu mentuanya sendiri.
Low maintenance
Menerusi perkongsian di Threads, Dahlia berkata ibunya pernah memberitahu Imran yang dia seorang wanita tidak gemar barangan mewah.
Namun sebaik sahaja berkahwin, Imrah tidak sangka isterinya tidak seperti apa yang ibu mentuanya beritahu sebelum ini.
“Saya masih ingat Imran cakap ibu saya scam dia sebab awal-awal bila di interview oleh mak, mak cakap jangan risau Dahlia low maintenance tak suka barang mahal-mahal.
“Shoppee saja suka tapi bila dah kahwin, Imran cakap ini sangat berbeza habis!” kongsi Dahlia.
Suka barangan mewah
Pada perkongsian yang sama, Dahlia memberitahu dia sememangnya seorang yang sangat gemarkan barangan mewah dan berjenama.
ARTIKEL BERKAITAN: Dahlia Rizal Tahu Tentang Kewajipan Baca Al-Fatihah Setiap Rakaat Solat Di Usia 15 Tahun - “Saya Sedih Sebab…”
Bagaimanapun, dia hanya menggunakan wangnya sendiri untuk memberi apa yang dimahukan.
“Saya beritahu dia eh saya memang high maintenance pun. Saya memang suka benda mahal-mahal dan barang jenama.
“Tapi dulu memang tak ada duit, jadi Alhamdulillah lepas kahwin rezeki melimpah, saya terus gunakan untuk benda yang saya mahukan sejak dulu lagi Tapi tak ada rezeki nak beli.
“Janji guna duit sendiri!” kata Dahlia lagi.
Rata-rata netizen memuji sikap Dahlia yang bekerja keras untuk memenuhi kemahuannya sendiri.